
GAMBAR Khalid Samad yang sempat dicuri lensa telefon bimbit Penulis sewaktu bertukar pandangan Ogos lalu. -Zainulfaqar Yaacob
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Demi memulihkan semula kebebasan mahkamah, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencadangkan beberapa individu yang dilihat bersekongkol dengan pihak eksekutif disiasat secara terbuka.
Ianya termasuk menyiasat beberapa dakwaan yang dikaitkan dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail sendiri.
“Selagi Peguam Negara tidak dibersihkan, selagi itu mahkamah turut akan dilihat tidak bebas dari pengaruh eksekutif (kerajaan),” ujarnya.
“Kalau nak bersih, tak perlu tutup-tutup (siasatan), tapi perlu terbuka kerana ia lambang integriti mahkamah.” (More …)














KUALA LUMPUR, 3 Okt. | Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempertikai keputusan kabinet melantik Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hj. Hassan mengetuai jawatankuasa khas untuk menyiasat semula Laporan Ketua Audit negara 2008.
KUALA LUMPUR, 2 Nov: Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mencadangkan suatu plan kemenangan Pakatan Rakyat dibentangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat nasional pada 12 Disember depan.
myfuad 2:39 pm on Wednesday, November 4, 2009 Permalink |
pandangan Hasan Ali tak mengambarkan dia menyokong umno…hentikah fitnah mefitnah kembalilaa ke matlamat asal iaitu mendaulatkan Islam….
siman 4:17 pm on Wednesday, November 4, 2009 Permalink |
ana akan cadangkan enta di ambil tindakan disiplin kalau enta ahli PAS.
tindakan enta menulis perkara-perkara yang bersifat dalaman di dalam blog adalah perbuatan org2 fasiq yang mencari kemurkaan Allah.
Irfan Mohd Nor 11:07 pm on Friday, November 6, 2009 Permalink |
tolong jangan buat hukum sendiri ya!
siapa ajar melaporkan kejadian sebenar sebagai fasiq?!?
fakta adalah fakta dan berhak diketahui oleh rakyat, terutama rakyat yang mengundi.
kerana kita kena pastikan pemimpin yg kita angkat itu pemimpin yang sebaiknya, dan untuk itu kita harus tau apakah yg sebenarnya berlaku supaya kita dapat membuat keputusan mengundi yg baik.
ingat lah, berkata lah benar walaupun pahit! kerana itu adalah kehendak Allah SWT.