Di Mana Asas Piagam ASEAN?
Pengalaman 40 Tahun Penubuhan ASEAN 
Rumusan yang bakal dibuat oleh Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-40 di Singapura Disember tahun ini untuk menubuhkan Piagam ASEAN sangat menarik untuk diwacakan. Akronim ASEAN ialah Association of Southeast Asia Nation (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara).
Sejak 8 Ogos 1967, ASEAN secara teorinya berpaksi pada constructive engagement dan dasar tidak campur tangan dalam isu dalaman (internal issues) negara-negara anggota. Pendekatan ini secara praktisnya demi mengukuhkan kerjasama serantau secara bersama dan aman.
Sebenarnya banyak hipotesis berhubung idea pengenalan Piagam ASEAN ini. Pertama, tempuhan pengalaman ASEAN yang lewat 40 tahun dalam menangani isu-isu dalaman di beberapa negara anggota. Sebagai contoh, tahanan rumah (house arrest) beberapa aktivis politik Myanmar seperti Augn Sann Suu Kyi sejak 28 November 2005 oleh pihak Junta Tentera Myanmar. Keinginan Myanmar menyertai koliasi ASEAN pada 23 Julai 1997 telah dipersetujui oleh negara-negara anggota dengan syarat semua tahanan politik tersebut dibebaskan dan suasana negara kembali demokratik. Namun, suasana politik Myanmar masih di takuk yang sama.
Ketegangan antara puak pemisah Islam dengan kekerasan Thaksin Shinawatra di Selatan Thailand (Yala, Narathiwat dan Patani) sejak 2003 dan rampasan kuasa Junta Tentera pada tahun 19 September 2006 turut meletakkan ASEAN dalam dilema; antara menjunjung tinggi nilai kemanusiaan manusia atau terus percaya dengan dasar berkecuali di kalangan negara-negara anggota.
Isu lain termasuk isu keselamatan ruang udara Malaysia dan tututan hak istimewa penerbangan Singapura; yang pernah dipersetujui bersama sejak 1973. Apabila Malaysia memutuskan pembatalan hak istimewa tersebut pada 1998, telah membawa coflict of interest di kedua-dua pihak dan ASEAN sekali lagi diuji fungsinya di pentas global. Sebenarnya, banyak lagi peristiwa yang menggamit pendirian terbuka dan jelas ASEAN sebagai platform tertinggi di peringkat ASEAN.
ASEAN mempunyai dua pilihan, sama ada terus menjunjung sikap “berkecuali” atau bersama-sama dunia mendukung idea hak asasi manusia sebagaimana yang termaktub dalam Pengisytiharan Hak Asasi Sedunia 1948. Namun, pendirian “berkecuali” tetap menjadi tradisi koliasi pertubuhan tersebut. Idea pengenalan Piagam ASEAN sebagaimana yang dicetuskan dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-11 di Kuala Lumpur dua tahun lalu merupakan suatu asas yang sangat kuat untuk diperkenalkan.
Keselamatan Serantau
Transisi politik, sosial dan ekonomi dunia yang semakin global dewasa ini turut mendorong ASEAN melakukan transisi dalaman dalam koliasi mereka. Jika dilihat dari segi politik, antara isu kritikal yang menghimpit koliasi ASEAN ialah isu pembangunan teknologi nuklear oleh Korea Utara.
Korea Utara bukan negara ASEAN. Negara ASEAN ialah Indonesia, Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand, Brunei (1984), Vietnam (1995), Laos (1997), Myanmar (1997), Kemboja (1997, kemudiannya 1999). Namun, konflik AS dan Korea Selatan dalam isu pembangunan teknologi nuklear mampu menggugat keselamatan rantau ASEAN.
Korea Utara jika diukur dari garis geografi tidak jauh dengan garis geografi Asia Tenggara. Seribu satu kemusnahan boleh berlaku di rantau ini jika berlaku Perang atau Perang Dingin antara kedua-dua kuasa ketenteraan tersebut. Keengganan Korea Utara membatalkan pengkayaan uranium di negaranya juga mendorong Jepun, negara jiran Korea Utara turut berniat membangunkan teknologi nuklear untuk tujuan pemeliharaan kedaulatan negara. Konflik tersebut juga turut menggamit perhatian China kerana China adalah sekutu Korea Utara dan seteru AS.
Terkini, Singapura juga turut melahirkan hasrat membangunkan teknologi nuklear untuk tujuan kedaulatan negaranya. Secara peribadi, Malaysia juga seharusnya membangunkan teknologi nuklear ini sebagai langkah persiapan keselamatan negara jika senario ini berlaku. Tentu ASEAN terus terhimpit dengan globalisasi tersebut. Pelbagai konflik ini sebenarnya adalah suatu perlambangan kepada Perang Dingin Baru (Neo-Cold War).
Globalisasi Ekonomi
ASEAN dalam beberapa perkara patut dikagumi. Antaranya ialah inisiatif bersama dalam membangunkan potensi ekonomi serantau melalui kegiatan negara-negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). APEC menjadi pentas strategik bagi ASEAN dalam mancari premis persepakatan hatta mobilisasi modal-pelaburan ke negara-negara anggota. Globalisasi ekonomi juga dapat dilihat kepada pengembangan koliasi ASEAN dengan menerima EAEC (East Asia Economic Caucus) pada 1997 di Malaysia. EAEC dianggotai oleh China, Korea Selatan dan Jepun. Koliasi ini dikenali “ASEA + 3”.
Globalisasi ekonomi ini juga turut mengundang Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat bersaing di pentas ekonomi Asia Tenggara. Zon Perdagangan Bebas (FTA) diperkenalkan kepada negara-negara anggota sehingga wujudnya Zon Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Pada peringkat awal, keterlibatan negara-negara ASEAN dengan FTA ini atas kapasiti negara masing-masing; tidak melalui pintu ASEAN. Ini kerana ASEAN sendiri masih tidak mempunyai prosedur jelas dan konkrit ke arah mendepani globalisasi ekonomi seumpama ini.
Belakangan ini, Zon perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) baru mula digarapkan. Sebagai contoh, penandatanganan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara FTA ASEAN-Korea pada 16 Julai 2007 di Seoul. Malaysia sendiri meramalkan pertumbuhan rancak perdagangan dan pelaburan antarabangsa hasil MoU tersebut. Realiti ini mendorong ASEAN tidak dapat tidak perlu mewujudkan suatu piagam yang konkrit demi mengimbangi dominasi AFTA di rantau Asia Tenggara ini. Di sini, ada asas pengenalan Piagam ASEAN tersebut.
Implikasi & Impak Piagam ASEAN
Sebenarnya pengenalan piagam ini sangat banyak meninggalkan implikasi positif kepada koliasi ASEAN itu sendiri. Pertama, krisis kemanusiaan, keselamatan, domokrasi, kebebasan hak (freedon to right), hak-hak asasi manusia (human right) di negara-negara serantau bakal ditangani secara persepakatan bersama; tidak lagi diikat pada dasar “berkecuali”.
Kedua, negara-negara anggota ASEAN berpotensi mengambil peluang perdagangan dan perlaburan di pentas ekonomi global melalui AFTA. Walaupun demikian, ada beberapa pertimbangan kritikal yang seharusnya dicermati oleh negara-negara anggota khususnya Malaysia sendiri. Pertama, Piagam ini bukan lagi suatu spirit, tetapi suatu tatacara yang sewajarnya dijunjung atau diutamakan.
Pengabaikan dalam draf Piagam ini mungkin akan memberi kesan langsung dalam persoalan keselamatan dan kedaulatan negara, kedudukan Islam dan Melayu, institusi Raja Berperlembagaan dan sebagainya; dalam konteks negara bangsa Malaysia umpamanya. Dasar-dasar dalaman negara sama ada lepas atau akan datang juga seharusnya menjunjung tinggi ketertinggian piagam ini secara teorinya.
Contoh terdekat, jika takrif perdagangan serantau dan AFTA berlaku sebagaimana yang dirancang iaitu pada pada 2012, senario ini memberi kesan langsung kepada pembangunan iKS yang cuba dijanakan oleh pihak kerajaan Malaysia. Piagam ini seharusnya selari dengan aspirasi negara agar tidak berlaku konflik tatacara antara Perlembagaan Persekutuan dengan Piagam ASEAN ini. Jika berlaku, secara praktisnya akan membawa Malaysia ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Sudah pasti, perlembagaan Malaysia tidak lagi dirujuk utama atau terbatal dengan adanya suatu piagam lain yang seharusnya dijunjung bersama.
Dari segi yang lain, pengenalan Piagam ASEAN ini jika strategik dan menghayati realiti negara-negara ASEAN sebenarnya akan menjadi kekuatan bagi ASEAN itu sendiri. Sebagai contoh, cadangan kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara anggota dalam konsesus istimewa. ASEAN akan mempunyai takrif globalisasi tersendiri secara berpiagam. Mungkin mampu menyaingi kekuatan globalisasi ekonomi Amerika Syarikat atau Kesatuan Eropah (EU).
Fungsi Piagam ASEAN ini juga tetap diuji keberhasilannya dalam menjunjung aspirasi asal ASEAN itu sendiri. Kejayaan atau kegagalan bergantung pada sejauh mana komitmen kepemimpinan negara-negara anggota dalam menjunjung falsafah yang terdapat dalam piagam ini.
Malaysia Hari Ini (MHI)
Posisi Malaysia hari ini, sedar atau tidak sudah terlibat dalam pelbagai koliasi dan masing-masing sudah mempunyai piagam tersendiri. Selain ASEAN, Malaysia juga terlibat dalam PBB dengan Universal Declaration of Human Right 1948. OIC dengan Islamic Universal Declaration of Human Right 1981.
Namun, masih banyak polisi kerajaan yang langsung tidak menjunjung tinggi UHDR, IUHDR dan dasar ASEAN yang sedia ada. Sebenarnya, suasana tidak demokratik sebagaimana yang sedang dilihat ASEAN di Myanmar, tidak jauh berbeza dalam negara.
Tangkapan ke atas kumpulan al-Arqam, Kumpulan Militan Malaysia (KMM), aktivis politik Sdr, Anwar Ibrahim dan sebagainya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 bukan sahaja suatu penafian idea demokrasi, malah bertentangan dengan Islam itu sendiri.
Antara Darurat 1964, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 (pindaan 1974), Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Mesin Cetak dan sebagainya antara beberapa akta draconion yang langsung tidak menjunjung tinggi piagam-piagam universal tersebut.
Semoga dengan pengenalan draf Piagam ASEAN ini, akan mendorong Malaysia menjadi contoh sahih dalam mendukung aspirasi “keadilan hak” di kalangan negara-negara anggota dan di kalangan negara-negara umat Islam sejagat. -END













aliff 6:12 pm on 2008/10/09 Permalink |
thanhks for your information… can u tell me lore about piagam asean?
saya aliff daripada universiti malaysia sabah amat tertarik dengan piagam asean.. jika boleh, tolong lah email kepada saya apakah isi kandungan piagam asean dan tujuan ia ditubuhkan……..tq…
—————
“Ini research yang kita buat dalam Jabatan Presiden PMIUM 2 tahun lepas. Note nya pun ada di sekretariat kalau tidak salah. Saya tidak pasti bahan ini masih dlm simpanan peribadi saya atau tidak. Kerana kebanyakan work yg kita buat, memang kita wakafkan pada PMIUM dulu2. Harap maklum.
anis 11:53 am on 2009/07/31 Permalink |
salam..really like ur article there..do u have any opinions regarding to the tansformation of security perspective in South East Asia, in ur point of view does the traditonal security is no longer relevant??