Beberapa hari lalu, saya banyak menerima panggilan. Banyak teman-teman merakamkan rasa terima kasih atas penulisan saya berhubung generasi G.30 (generasi remaja/pemuda/anak muda) melalui panggilan mobile & email.

Banyak juga teman-teman yang tidak dikenali mengherdik dan sebagainya atas penulisan saya di bahagian comment. Saya minta maaf kerana tidak approve comment2 ‘kasar’ kalian kerana saya tidak menganut freedom to press. Mazhab media saya adalah JUSTICE to Press.

Terima kasih atas respon semua teman-teman. Saya anggap sebagai suatu nasihat dan pengalaman.

Segelintir teman-teman saya melihat style penulisan saya ini tidak menjunjung budaya bangsa Melayu, dan rumpun bangsa Malaysia. Budaya yang dimaksudkan adalah budaya rapat umum aman atau demontrasi aman atau tunjuk perasaan aman; terutamanya menjelang tanggal 10 November ini, jam 3 petang.

Saya menegaskan bahawa budaya seumpama ini adalah warisan sikap ikhlas nenek-moyang kita (bangsa Melayu-Islam) dalam menentang kezaliman Penjajah sejak 1511M sehingga Merdeka.

Hari ini kezaliman penjajah sudah tiada kerana Penjajah sendiri sudah lama meninggalkan negara bangsa Malaysia.

Namun, kezaliman yang lain pula timbul. Anak-anak muda Melayu-Islam tiada banyak pilihan kecuali patut kembali memahami sejarah keramat nenek-moyang kita menentang kezaliman, seterusnya sertai RAPAT UMUM 100 RIBU UMAT di Dataran Merdeka 10 Nov. ini.

Biarkanlah mereka menyampaikan gerak-rasa mereka dalam pentas demokrasi Malaysia; agar mereka tidak memilih jalan-jalan yang jauh lebih tidak demokratik sebagaimana di beberapa negara bangsa dunia.

Lihat dan baca sejarah bangsa kita. Kemudian, berfikir…

Perhatian: Gambar ini diambil dari blog UMNO-Reform & AminIskandar@BLACK .