Kenyataan Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman, Pengerusi SPR bahawa beliau tahu bila tarikh Pilihanaya Umum Ke-12 tidak sepatutnya dianggap sebagai suatu tindakan menghina DYMM YDA.
Sebenarnya PRU Malaysia boleh berlangsung dalam beberapa rupa. Pertama, pasca pembubaran Parlimen Malaysia selepas permohonan PM mendapat perkenan DYMM YDA. Tatacara ini lazim dilaksanakan di Malaysia.
Kedua, apabila tempoh berkerajaan melewati umur 5 tahun atau sepenggal. Pada ketika itu, fungsi melaksanakan urusan negara diserahkan kepada caretaker government secara implisit walaupun mendapat perkenan DYMM YDA kemudiannya.
Hal demikian kerana Pilihanraya Umum sendiri adalah teras pada demokrasi dan lebih dijunjung tinggi demi kepentingan bersama.
Senario kedua ini selalu dijadikan tanda isyarat di kalangan mahasiswa Malaysia dalam meramalkan Pilihanraya Kampus (PRK) di hampir semua kampus di Malaysia.
Ketiga, PRU juga boleh berlaku atas insyarat badan yang lebih tinggi seperti ICJ atau PBB jika Malaysia berdepan atau selepas selesai perintah darurat.
Insyarat PRU dalam rupa ketika ini mungkin tidak melalui perkenan DYMM YDA kerana lazimnya Perlembagaan digantung.
Senario ketiga ini tidak pernah berlaku kerana bangsa Malaysia sangat menghargai keamanan dan demokrasi itu sendiri.
Justeru, kenyataan Pengerusi SPR tersebut seharusnya dilihat sebagai “isyarat” PRU-12; bukan suatu penghinaan kepada DYMM YDA sendiri.
Sekurang-kurangnya kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Ab. Rahman tersebut seharusnya dianggap sebagai political talk atau jokes di tengah-tengah kredibiliti dan kebebasan SPR itu sendiri kian diragui oleh rakyat.
Filem Pedekar Bujang Lapok turut menyindir sikap slamba pihak-pihak tertentu dalam menguruskan demokrasi Malaysia:-
Pendekar Mustar : Ini bukan cobaan, ini betul-betul!!!
3 Bujang Lapok serentak berkata, “cobaan…”
SPR bukan akronim Suruhanjaya Pilihan Raya, tetapi Sekretariat Pelawak (yang diketuai oleh) Rashid -END









