HARI ini, semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah menandatangani suatu MoU untuk boikot akbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia kerana kedua-dua akbar picisan ini cuba meniupkan cauvenisme dan fitnah!
Presiden PKR, YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail gesak boikot Utusan-Mingguan Malaysia. Timb. Presiden PAS, YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa juga menyeru kita memboikot Utusan-Minggu Malaysia.
SUA DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng juga tegas menyeru rakyat menolak propaganda cauvenisme UMNO/BN. Info lanjut, sila klik di sini dan di sini.
Kita (mahasiswa dan rakyat) tunggu apa lagi???!!
Kita telah lama menolak cauvenisme tajaan UMNO/BN ini.
Mari bersama kita menyusun langkah, menggembling fikrah & tindakan demi menjana kesejahteraan bangsa Malaysia.
Sebagai bangsa Mahasiswa dan rakyat, terdapat beberapa perkara boleh kita laksanakan. Antaranya:-
1. Jangan beli akbar Utusan (baca: Utusan Meloya) dan Mingguan (Baca: Mingguan Meloya)
Untuk mendapat informasi, cukuplah kita membaca kedua-dua akhbar tersebut di warung @ kedai mamak.
Jika mahu lebih menarik, layarilah e-media alternatif (seperti:harakahdaily, malaysiakini, Malaysia-Today, Tranungkite, blogs, dan sebagainya.
2. Sila sebarkan berita PR boikot akhbar-ahkbar propaganda UMNO/BN dalam apa jua cara
Sebagai contoh, paparkan berita boikot ini dalam blog bloggers sekalian (buat seperti saya).
Selain itu, sila sampaikan secara nerative (sembang-sembang) di kedai makan, anjung surau/masjid, pejabat, dewan kuliah, padang bola dll tentang gesaan rakyat boikot pembelian akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia ini.
Bagi webmasters’ portal dan owners’ yahoogroups, sila panaskan isu ‘boikot Utusan-Mingguan Malaysia’ ini dalam forum dan media yang pihak anda kendalikan. Kaum bloggers juga diminta war-warkan hal ini dalam blogs kalian masing-masing.
3. Sila wacanakan dan galurkan fitnah dan propaganda murahan UMNO/BN melalui media lapok Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia ini.
Kerja-kerja ini hanya boleh dilakukan oleh journalism rakyat dan kaum bloggers sahaja. Buktikan bahawa kita (baca: journalist @ bloggers) mampu sekali lagi menjadi pressure groups, independence groups, check and balance kepada keangkuhan UMNO/BN, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan media arus perdana yang pro fitnah / propaganda UMNO-BN; sebagaimana yang pernah kita langsungkan dalam PRU12 lepas.
4. Berdoa dan bertawakal kepada Allah (bagi Muslim)
Sama-sama kita berdoa, membaca surah al-Fill dan qiyammullail agar Allah sendiri memberi inzar (maksud: pengajaran/amaran) kepada kaum capitalist UMNO/BN dan media-media yang pro UMNO/BN ini.
:: Menjana kesejahteraan bangsa Malaysia ::
:: We Unite for JUSTICE to PRESS ::
———————————
P/S: Penulis tidak setuju kita jangan membaca Utusan & Mingguan kerana kita akan dangkal maklumat fitnah dan kezaliman UMNO/BN ke atas rakyat. Premis saya jelas, BOIKOT membeli Utusan dan Mingguan Malaysia.










Nur Najihah 11:34 pm on Wednesday, May 28, 2008 Permalink |
yo yo!
moga2 ekonmi Utusan MALAYSIA akan jatuh tertonggek!
byk sgt wat fitnah!
jom pakat2 beli Harakah ker atau yg mmg ikut lgik akal agama.kan?kan?
ishishish.
alfitnatuassyaduminalqot
———————-
“Hahahaha. Umur baru setahun jangung, tapi cukup ‘cili padi’ Si Anak (abgku), al-Akh Muhaimin Sulam ini.
Untuk pengetahuan pembaca sekelian, Abg Muhaimin Sulam adalah bekas aktivis mahasiswa UM zaman pertengahan 1980an (1986 kalau tidak salah).
Ayah hebat, patutlah anak MENGGUGAT!…” -Zainul
nurul 9:31 pm on Saturday, August 9, 2008 Permalink |
salam… jika dahulu, akhbar ini menjadi salah satu wadah perjuangan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu… kenapa tidak kini, apa sudah jadi, Utusan seolah-olah mengikut telunjuk, tidak bebas,.. adakah ini yang dinamakan watak tertawan di bumi sendiri yang dikupas oleh syed hussein al attas