LEWAT petang kelmarin, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi @ Pak Lah telah pun membuat kenyataan rasmi berhubung kenaikan harga bahan bakar atau minyak.

Harga petrol naik lagi sebanyak 78 sen menjadikan harga baru petrol RM2.70 per liter. Harga diesel juga naik sebanyak RM1 per liter.

Pengumuman ini mengakibakan rakyat marhaen berpusu-pusu di stesen minyak untuk menikmati harga (lama) minyak terakhir malam tersebut kerana selepas jam 12 pagi hari ini (5 Jun), harga baru bahan bakar domestik mula dikuatkuasakan.

Itu sahajalah yang boleh dilakukan oleh rakyat miskin, golongan petani, pesawah, buruh kasar, peniaga IKS, kakitangan kerajaan/swasta dan mahasiswa sendiri.

Meraka bukan tidak tahu, rekod kenaikkan harga petrol dan diesel dalam era Pak Lah (2004) sehingga kini masing-masing adalah 97.1% dan 231%.

Rakyat marhaen terpaksa berputeh mata dengan alasan-alasan yang tidak munasabah; sebagaimana yang diutarakan oleh Pak Lah dan Kerajaan UMNO/BN tersebut.

Kononnya, penstrukturan harga baru bahan bakar ini akan menyebabkan belanja hangus kerajaan untuk subsidi minyak lebih mengecil; kira-kira RM18 bilion sahaja.

Kononnya, melalui pengenalan skim baru ini, kerajaan mampu/boleh menyelamatkan lebih RM4 bilion.

Kononnya, tawaran harga baru petrol-diesel ini berpatutan jika dibandingkan tarif harga penuh pasaran sebenar; iaitu RM4 per liter.

Kononnya, kerajaan tetap peduli dengan kesempitan hidup rakyat marhaen dengan memberi rebet tertentu dalam money order terus kepada rakyat berdasarkan jenis CC kenderaan peribadi. Kalau kaum capitalist yang lazimnya mempunyai banyak kenderaan, maka banyak jugalah rebet akan diterima oleh mereka.

Kononnya, kerajaan mampu menyelamatkan RM13.7 bilion melalui pengenalan skim subsidi (rebet) ini.

Kononnya, kerajaan juga terus membela rakyat dengan memperkenalkan tarif baru elektrik yang lebih adil dan saksama.

Kononnya, pengenalan semua skim di atas ini juga demi memelihara food security negara sendiri apabila kerajaan memperuntukan RM4 bilion untuk tujuan ini.

Macam macam lagi alasan kerajaan untuk terus menipu rakyat dan melaksanakan dasar kapitalisme dalam negara bangsa Malaysia ini.

RASIONAL 1: Implikasi kenaikan harga petrol-diesel sedunia kepada negara

Memang benar dunia sedang mengalami kenaikan harga petrol. Terkini, tarif harga minyak dunia adalah USD135 per barel. Harga semasa dijangka akan terus meningkat lebih USD150 per barel pada penghujung 2008 ini.

Kondisi ini memang tidak dapat dielakkan kerana setakat ini pemintaan minyak sedunia melebih tawaran minyak sedunia. Dalam sehari, dunia hanya mampu mengeluarkan minyak sebanyak 85 juta per barel padahal keperluan per hari minima adalah 87 juta per barel.

Lebih malang, apabila wujud pelbagai spekulasi berhubung minyak sedunia. Sebagai contoh peak oil theory (maksud: teori puncak minyak). Menurut penganut dogma ini, minyak sedunia akan habis paling lewat pada 2035. Maka, pengeluaran minyak ini dimanipulasi untuk jaminan keselamatan satu-satu pihak.

Fenomena tidak menentu harga minyak sedunia tentu akan mempengaruhi harga minyak domestik Malaysia.

Perlu diingatkan bahawa Malaysia adalah negara pengeluar minyak. Maka, tarif harga minyak domestik seharusnya tidak diikat pada tarif harga minyak dunia.

Jika Malaysia adalah pulau kecil Singapura, tarif minyak negara patut diikat pada tarif minyak global kerana Malaysia (merujuk pada pulau kecil Singapura) bukanlah negara pengeluar minyak.

Lebih dari itu, petroleum yang digali dari perut laut/bumi Malaysia bermutu tinggi dan mahal harganya jika dibandingkan dengan minyak jenis biasa sedunia.

Sepatutnya apabila tarif harga minyak sedunia melambung naik, Malaysia seharusnya mengecapi nikmat keuntungan yang lebih besar hasil eksport minyak negara.

Lebih dari itu, Malaysia masih mendapat untung royalti yang kian meningkat saban tahun walaupun skala belian minyak (petrol-diesel) untuk keperluan tenaga dan rakyat juga terus meningkat; dan minyak ini dibeli daripada negara pengeluar minyak yang lain rendah/biasa kualitinya.

Sebagai contoh, Malaysia telah pun mendapat untuk lebih RM80 bilion tahun lalu hasil perniagaan dan royalti minyak negara.

Jika kerajaan peduli dengan kos hidup rakyat yang semakin tinggi, inflasi (2.2%) dll, sudah tentu Kerajaan bersedia membelanjakan kira-kira RM40 bilion untuk belanjawan subsidi petrol-diesel, food security, gas dan minyak sawit (POP). Kerajaan masih mendapat untung lebihan iaitu sebanyak RM40 bilion lagi.

Persoalannya, adakah kerajaan telah rugi dalam perniagaan petrol-diesel yang digeledah dalam perut laut/bumi Malaysia ini pasca kenaikkan harga minyak sedunia sekarang ini?

Pak Lah dan Najib sila jawab, jangan menipu rakyat lagi…

RASIONAL 2: kemiskinan rakyat dan kemewahan menteri

Tidak salah untuk menjimatkan dana negara. Malah, niat menjimatkan RM13.7 bilion harta negara melalui pengenalan harga baru petrol-diesel dan takrif elektrik ini sesuatu yang wajar dipuji jika tepat modus operandi (baca: tindakan)nya.

Jika benar kerajaan mengalami liabiliti perbelanjaan atau hasil mahsul negara semakin terhad dan memang memerlukan pengorbanan setiap rakyat; namun sepatutnya gaji pemimpin-pemimpin negara yang kaya raya seharusnya dinilai semula dan dipotong terlebih dahulu.

Lihat gaji terkumpul DYMM YDA adalah sebanyak RM52 ribu per bulan. Lihat gaji terkumpul DYMA SPB Raja Permaisuri Agong adalah sebanyak RM7400 per bulan. Selain itu, DYMM YDA mendapat RM53 bilion per tahun untuk belanjawan ‘istimewa’ istana.

Itu belum dikira lagi pencen bekas-bekas DYMM YDA dan Raja Permaisuri Agong masing-masing; elaun kerabat diraja.

Lihat gaji minimum Perdana Menteri Malaysia (Pak Lah) adalah sebanyak RM22,826.65 perbulan. Oleh kerana beliau memegang port folio Menteri Kewangan 1, (bekas) Menteri KDN dan MP, gaji minimum terkumpul adalah RM56,753.84 per bulan.

Lihat juga gaji minimum Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Najib TAR) adalah sebanyak RM18,168.15 per bulan. Oleh kerana Najib juga memegang port folio Menteri Pertahanan, maka jumlah gaji minimum terkumpul adalah RM33,075.35 per bulan.

Gaji minimum menteri-menteri dalam kabinet Malaysia adalah sebanyak RM14,907.20 per bulan. Manakala gaji minimum semua timbalan menteri dan setiausaha di kementerian masing-masing adalah sebanyak RM10,847.65 per bulan dan RM7,187.40 per bulan.

Gaji minimum bagi ahli Dewan Negara dan ahli Dewan Rakyat masing-masing adalah RM6,508.59 per bulan dan RM4,112.79 perbulan.

Semua angka di atas ini boleh akses terus melalui hansard parliament.

Berapa gaji minimum rakyat? Purata pendapatan per kapita maksima rakyat/pekerja di Malaysia RM1800. Namun, adakah ini realiti angka sebenar yang diperoleh oleh semua Pak Tani, peniaga, peruncit iKS dll.

Apa yang kita telah lihat dan tahu adalah kerajaan tajaan UMNO BN menolak cadangan MTUC – gaji minimum RM900 per bulan + Elaun kos sara hidup (COLA) RM300 per bulan sebelum ini.

Perbandingan gaji minimum antara kaum rakyat marhaen dan kaum elit sebagaimana yang di paparkan di atas bagai bumi dengan langit.

PERSOALANNYA, mengapa tidak dipotong gaji minimum atau sekurang-kurangnya dinilai semula gaji kaum elit (seperti kerabat diraja, PM, TPM, menteri-menteri dll) terlebih dahulu demi menjimatkan/menyelamatkan wang hangus negara; khususnya demi memelihara kepentingan rakyat marhaen yang jauh lebih miskin dan memerlukan pelbagai hak kebajikan (seperti subsidi) untuk terus hidup?

Pak Lah, sila jawab dan jangan menipu rakyat lagi!

RESPON 3: Bahan bakar suatu orientasi keuntungan atau keperluan/kebajikan

Sebelum ini, telah saya jelaskan bahawa tamadun manusia memerlukan minyak. Lihat sahaja keperluan minima minyak sedunia adalah 87 juta barel per hari padahal produktiviti maksima minyak sedunia adalah 85 juta barel per hari sahaja.

Fenomena ini sudah tentu mendorong kaum kapitalis sedunia untuk mendominasi ‘emas hitam’ ini. Lihat sahaja tindak-tanduk AS sebelum ini dalam Perang Teluk (1990an), pencerobohan AS ke atas ‘telaga minyak’ Afghanistan-Iraq (2001-2003).

Atas nama memerangi keganasan global, semua negara-negara yang memiliki ‘telaga minyak’ ini telah pun dikuasai oleh AS. Dunia tidak menjumpai senjata nuklear atau kaum terorist agama. Yang meeka lihat adalah kekayaan negara-negara bangsa tersebut telah pun diratah oleh AS dan sekutu-sekutunya.

Di Malaysia, jangan kita mengatakan kaum kapitalisme tidak mendominasi kekayaan ‘telaga minyak’ negara.

Dasar capitalism ini boleh dilihat dalam pengurusan PETRONAS dan syarikat galian yang lain.

Oleh kerana PETRONAS sedar potensi perniagaan minyak ini, maka sudah tentu orientasi pengurusan adalah keuntungan semata-mata dan bukan kebajikan rakyat.

Jika PETRONAS berorientasikan kebajikan, tentu akan mencadangkan tarif harga minyak paling minima; cukup sekadar PETRONAS tidak rugi atu tidak menanggung liabiliti pengurusan korporatnya.

Memang PETRONAS telah untung berlipat kali ganda saban tahun (hanya PM sahaja yang tahu).

Kerajaan Malaysia sendiri telah pun mendapat manfaat lebih RM80 bilion tahun lepas. Oleh kerana kerajaan Malaysia bermazhab kapialisme, dana ini lebih baik dihanguskan untuk pembangunan projek mega yang memberi profit untuk pada kaum kapitalis tertentu; berbanding keperluan rakyat.

Lihat bagaimana UMNO/BN merompak wang royalti negeri Terengganu.

Merujuk pada statistik hansard parliament, dari tahun 2004-2008, sebanyak RM7.8 bilion telah diberikan oleh PETRONAS kepada kerajaan negeri Terengganu.

Setakat ini, audit negeri melaporkan kerajaan negeri telah membelanjakan RM5.2 bilion. Dan kerajaan negeri telah memaklumkan bahawa peringkat negeri telah pun berbelanja semua wang royalti tersebut.

Jika benar, di mana baki wang royalti (RM2.2 bilion) dibelanjakan?

Mengapa tiada suatu rekod audit yang konvensional dan validity di peringkat negeri tentang belanjawan RM2.2 bilion tersebut?

Lebih malang, kerajaan negeri telah menghanguskan RM300 juta untuk pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI). Kerajaan telah memberi konsesi penuh projek Monsoon Cup yang bernilai RM300 juta juga kepada Patrik Lim Badawi.

Minyak adalah keperluan rakyat. PETRONAS berorientasi keuntungan. Projek-projek mega yang menelan angka juta hatta bilion tetap diteruskan demi mengaut keuntungan oleh kaum kapitalisme (baca: kerajaan 3 beranak Pak Lah al-Koridori).

PERSOALANNYA, mengapa PETRONAS dan Pak Lah patut melihat minyak sebagai suatu bahan keperluan yang tidak patut dimanipulasi/monopoli sedangkan PETRONAS sendiri berorientasikan keuntungan; dan Pak Lah sendiri adalah ‘Imam Besar’ kaum kapitalis negara?

Mari kita bertindak!

Kita tidak mempunyai banyak pilihan dalam isu kenaikan harga minyak ini. Namun, ada beberapa tindakan boleh diambil oleh kita, mahasiswa dan rakyat.

PERTAMA, kita boleh/patut melancarkan gerakan kefahaman seperti ceramah penerangan langsung kepada rakyat tentang bahayanya kapitalisme dalam sistem pentadbiran negara (termasuk isu kenaikan harga petrol-diesel).

KEDUA, (kemudian) kita lancarkan demontrasi, piket, mogok secara berkesan dan tersusun di seluruh negara demi menuntut semula PRU12 agar kita boleh terus membenamkan UMNO/BN dalam Sg. Klang.

KETIGA, (Jika cadangan kedua tidak berjaya atau kita lebih berani mengambil risiko berjuang yang lebih besar demi menentang kapitalisme UMNO/BN), kita boleh/patut timbang-timbangkanlah cadangan untuk melancarkan HARTAL peringkat nasional sebagai mana yang pernah nenek-moyang kita laksanakan 60 tahun lalu untuk mengusir penjajah British (kaum kapitalis juga).

Hari ini, kita patut melancarkan HARTAL sekali lagi untuk memastikan UMNO/BN pula pedulikan hak kita @ dijatuhkan oleh Makkal Sakthi kita dalam masa terdekat ini.

Berhubung isu kenaikan harga petrol-diesel negara, sekali lagi kita boleh bertanya kepada diri kita, keluarga kita, teman-teman kita, guru/pensyarah kita dll; apakah yang boleh kita pelajari? -END

———————-

P/S: Jika kita sudah pelajari sesuatu berhubung kenaikan harga petrol-deisel ini, sepatutnya tidak berhenti setakat itu sahaja. Kita patul ‘beramal’ atau melakukan sesuatu tindakan.

Kata al-marhum Hamzah Fansuri: “…kebodohan itu hanya boleh diajar dan (manakala) keangkuhan itu hanya boleh dicabar…” Mari kita berfikir dan bertindak segera!!!.