PERDANA Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hebat kerana Presiden Amerika Syarikat Barrack Husin Obama dilaporkan menghubunginya malam semalam.
Dalam perbualan 20 minit antara dua negarawan itu, Obama menyatakan kesediaan untuk menyerahkan 2 rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Teluk Guantanamo sebagaimana yang diminta Najib sebelum ini.
Saya telah menyatakan kita akan tahan(jalani hukuman di Malaysia tetapi (akan) melayan mengikut norma-norma antarabangsa dan (secara) perikemanusiaan…” jelas Obama.
Kedua-dua rakyat terbabit adalah Mohd Farik Amin atau Zaid (Zubair) dan Mohammed Nazir Lep atau Bashir Lip (Lillie) ditahan di penjara Amerika itu ekoran disyaki anggota Jamaah Islamiyyah (Ji) dan al-Qaeda sejak 2003 dan dilaporkan antara 250 tahanan pengganas di sana.
Dalam perbualan itu juga, Obama memuji kepemimpinan Najib.
Pujian pada pemerintah kerana kejayaan (Najib) menjadikan Malaysia (sebagai) negara Islam moden, progresif dan maju…” jelas Najib.
…masa yang sama, Malaysia (adalah) sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Pemerintah berjaya memastikan rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai…” tambah Najib.
Isu malar segar seperti ekonomi , Kawasan Perdagangan Bebas (FTA), Korea Selatan, Iran dll turut diperkata oleh kedua-dua pemimpin tersebut.
Demikian laporan Utusan Meloya.
Di Malayasia, masih ada 12 tahanan ‘Guantanamo Malaysia’ di Kemunting.
Najib langsung tidak penulikan rintihan keluarga mereka.
Kalau mereka bersalah, bicarakan di Mahkamah secara bebas dan adil.
Adakah Najib cuba bersandiwara hebat depan rakyat Malaysia?










shid 8:35 am on Saturday, June 27, 2009 Permalink |
Obama oh Obama sungguh mulio hati dan tali porut saudara sobab sanggup menalipon perdano menteri terlampau…