TEKA-TEKI serta motif contengan ‘anti-rosmah’ di dinding Universiti Malaya 24 Jun lalu semakin menemukan jawapan.
Rumus popular dalam kalangan mahasiswa Universiti mengaitkan tindakan unik itu dengan isu pemberian kontrak serta kekayaan tanah air pada sebuah syarikat milikan negara haram Israel.
Untuk setahun lepas sahaja, dilaporkan CiMB telah menyumbang USD250 juta per tahun untuk pembangunan aktiviti-aktiviti fizikal dan ketenteraan yahudi di Israel.
Angka itu boleh dilihat sendiri dalam Laporan Tahunan CiMB 2008. klik
Menurut Badrul Hisham Shaharin aka Chegubard, individu yang perlu dipertanggungjawabkan adalah adik ipar Datin Seri Rosmah Mansor sendiri.
Dato’ Nazir Tun Razak, iaitu adik kepada Dato’ Seri Najib dikatakan sanggup memberhentikan (PSS) sebilangan besar jurutera iT tempatan demi memastikan syarikat perkomputeran Yahudi boleh mengambil alih dan menguruskan sistem perkomputeran bank terbabit selama 10 tahun. klik
Tidak banyak maklumat didapati, kecuali syarikat terbabit dikenali sebagai EDS dan sah berpengkalan di negara haram Israel. klik
Tambahnya lagi, syarikat misteri itu bertanggungjawab mengakses militeri Pentagon AS serta membekalkan senjata berat kepada militeri yahudi di Israel.
Pun begitu, tidak pula diperjelaskan maklumat terperinci tentang syarikat yahudi terbabit. klik
Sumber dalaman tidak rasmi CiMB sendiri memberitahu bahawa syarikat itu bukan syarikat milikan negara haram Israel, tetapi anak syarikat negara hegemoni Amerika Syarikat.
Namun, sumber terbabit mengakui bahawa Ketua Lembaga Pengarah Urusan (CEO) adalah berketurunan yahudi, serta dikenali sebagai pro negara haram yahudi.
Maka, tindakan Rosmah datang ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) dan merasmikan program penutup The Power Of 10 Cent, By Children for Children pada 24 Jun lepas dipercayai tidak wajar.
Tiada maknanya bagi mahasiswa Universiti andai kata Rosmah ikhlas datang ke Universiti Malaya sekali pun, seandainya isteri Perdana Menteri itu dalam masa yang sama masih berputeh mata membiarkan USD250 juta digunakan Yahudi-Zionis untuk membunuh umat Islam Gaza.
Apakah kebaikan Rosmah menyertai program rasmi di bumi ilmiah APIUM itu; sudah cukup untuk membayar perlaboran unreasonable USD250 juta saban tahun di bumi laknatuLlah Israel itu?
Bagaimana mampu mahasiswa Universiti yang diasuh memboikot apa jua produk dekatan yahudi-Israel setiap hari, pada masa yang sama mereka diminta berpeluk tubuh apabila mendapat tahu ‘perempuan misteri’ kepada Perdana Menteri Malaysia itu dikaitkan dengan pro-Zionis di Malaysia.
Ditambah dengan pendedahan benar ‘Rosmah Perempuan Puaka’ dalam youtube, e-news serta blog-blog bertanggungjawab belakangan ini, sudah tentunya merencamkan lagi kebencian sesiapa pun yang celik fikrah, terang hati serta mempunyai jiwa perobah.
Ini bermakna era Najib masih menyaksikan Malaysia berhubungan dengan Yahudi-Zionis-Israel, selepas era Tun Dr. Mahathir Mohammad. klik
Amarah mahasiswa menjadi kian lengkap apabila mendapat tahu suami kepada ‘Rosmah pro- Israel’ itu sebenarnya menipu rakyat – dalam isu Presiden Amerika Syarikat menghubungi Perdana Menteri minggu lalu.
Lebih 20 minit Obama dilaporkan mencuri masa peribadi Najib. kilk
Itu suatu lagi keganjilan yang pasti menggamit skeptitisme inderawi kita semua.
Media-media dekatan UBN melaporkan Najib meminta 2 tahanan Guantanamo dipulangkan kepada Malaysia. Obama setuju.
Malah, Barrack Obama sendiri dilaporkan memuji kepemimpinan bersih serta demokratik Najib.
Mungkin Obama tidak membaca beberapa rencana penyiasatan ‘isu pembunuhan gadis Monggolia Altantuyaa Sharibuu dengan bahan letupan c4′; yang tersebar di dada-dada akhbar Indonesia, Australia, Britain, Perancis dan sebagainya sebelum ini.
Semua akhbar itu tidak dibacai rakyat Malaysia.
Mungking sebab itu juga, Najib berani melaporkan berita tidak benar tentang perbualan telefonnya dengan Obama.
Oleh kerana globalisasi maklumat redikal, akhirnya rakyat Malaysia terbaca jua akhbar-akhbar rasmi dari luar melalui internet.
2 akhbar rasmi berbahasa Inggeris di Korea telah mendedahkan bahawa Amerika memberi amaran kepada Malaysia.
Tindakan beberapa bank Malaysia dalam transaksi belian senjata berat yang dibuktikan mempunyai hubungan langsung dengan kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Junta Myanmar; sudah dihidu Pentagon/Obama. klik
Itu yang mengejutkan rakyat. Dan itulah yang menimbulkan rasa gelisah dalam kepercayaan rakyat.
Najib mungkin menyangka/yakin dengan spinning yang dibuat di Utusan, Barita Harian, berita tv1-tv3 dll, segala cukup untuk memadamkan kebenaran itu.
Najib tidak tahu, bahawa kaum mahasiswa bukan sekadar melazimi media-media baru seperti The Malaysian Insider, Malaysiakini,teeveepop, Rock News dll; malah mengakses blog-blog terkemuka hatta e-news mega di luar garis geografi negara.
Najib menipu rakyat. Penipu perlu ditolak oleh rakyat dalam sebuah negara demokrasi liberal relatif seperti Malaysia.
Mungkin sebab-musabab inilah, Najib ditentang; rosmah disanggah.
Akhirnya, mahasiswa mungkin melihat dinding yang diconteng bukan lagi isu utama yang perlu diperdebatkan.
Menconteng ‘anti-Rosmah’, ‘Rosmah Perempuan Puaka’ dan ‘Altantuya C4′ tidak lagi mampu menggugat kestabilan negara, jika dibandingkan dengan beberapa ‘pekung besar’ yang sedang membelit leher Rosmah-Najib sekarang.
Adakah teka-teki di Universiti Malaya itu sudah terjawab, atau masih hampir-hampir lagi? -END










Sekolah Pemikiran P.J 10:21 pm on Saturday, July 11, 2009 Permalink |
Wah~ sapa itu Nazir Razak? Anak orang kaya mana dia? atau dari keluarga bangsawan kahh?? orang kedai kopi tadi beritahu aku si Nazir itu pernah ditolongi oleh Kerajaan Malaysia untuk di’bail-out’ current deposit pada awal krisis ekonomi global yg melanda Malaysia 2008. Nazir secara asasnya Pro-Mahathir maka sedikit ralat dengan Abg Besarnya~Najib Razak. Namun dikhabarkan juga mengikut maklumat dalaman org2 CIMB, koloborasi Nazir-Rosmah kian menjadi walaupun Najib sedikit bermasam muka… Pernah ditawarkan kepada Nazir untuk bertanding jawatan dalam UMNO/BN, namun beliau memilih untuk menjadi Kapitalis. Terima kasih Adam Smith, ini dia anak didikmu di Malaysia; Nazir Razak. Imbas kembali secara fakta, beliau penyokong baik Mahathir dalam isu privatization, makan semuanya mahu di ‘privatize’. Buka file berita tajuk ‘Penswastaan Institut Jantung Negara’ dan siapa yg menjadi orang tengah disebalik ‘weird-bidding-action’ dke atas stakeholder Pantai Holding oleh Kerajaan Singapore?~ Individu ini dikatakan juga terlibat. Jangan lupa strategi business terbaik abad ini disebalik tema ‘public-merger’ antara 3 monopolist bidang hartanah perladangan~ Guthrie-Golden Hope-Sime Darby yg bertukar menjadi Synergy Drive, dan kemudian bertukar balik kepada SIme Darby. Ekonomi Malaysia ialah Ekonomi keluarga Najib-Rosmah-Nazir-dot..dot..dot…
Zion 11:31 am on Wednesday, July 15, 2009 Permalink |
Dengar khabarny 10 tahun lalu lagi
Najib has been the biggest account holder sat Zion bank
in Israel. Is it so
AIMAN FAFI 8:52 pm on Thursday, August 20, 2009 Permalink |
altantuya kentut busuk