SEBELUM berbegas ke Pejabat, saya sempat menelefon seorang bekas aktivis mahasiswa Pertubuhan Anak Muda Malaysia (DEMA), Cik Ginie Lim.

Saya melahirkan kebimbangan atas apa yang berlaku kepada dua adik saya, Ong Jing Cheng (23) dan Yap Heng Lung (23) yang direman Polis semalaman sejak kelmarin atas suatu pertuduhan yang tidak pasti. klik

Saya mencadangkan agar suatu tekanan media digendangkan untuk memberi tekanan kepada Universiti, terutama ketiga-tiga Pak Guard yang bodoh dan tidak demokratik itu.

2 aktivis itu diserahkan kepada Polis seperti penjenayah berbekalkan senaskah Memorandum Mahasiswa Anti iSA di tangan salah seorang mereka itu.

Adakah Pak Guard terbabit begitu dungun sehingga tidak nampak betapa perlunya ‘Guantanamo Malaysia’ itu ditentang dan ditutup serta-merta.

Bodoh punya Pak Guard! iSA yang zalim ditentang dilihat sebagai suatu jenayah…

Saya juga mencadangkan agar suatu tindakan undang-undang disediakan untuk membawa keluar kedua-dua aktivis itu.

Saya tidak mahu melihat kes kematian dalam lokap Polis yang menimpai  mendiang A. Kugan dan A. Ghana Prakasom menimpai kedua-dua adik saya ini.

Genie menentang semua cadangan saya.

Katanya, dengan berbuat demikian, kita akan membunuh aktivistisme mahasiswa Malaysia.

Biarkan mereka berdua di dalam lokap tahanan. Itu trainning untuk mereka sebelum menjadi aktivis rakyat di luar kelak.

Sepatutnya aktivis-aktivis mahasiswa di luar perlu digerakkan kesedaran untuk melihat isu ini suatu perjuangan menentang brutalisme Polis dan Keselamatan Universiti yang bodoh dan tidak demokratik itu.

Sekurang-kurangnya, dengan berlaku demikian 2 aktivis itu terpelajar tentang hak-hak asasi mereka yang perlu dipertahankan di dalam tahanan rimba Polis.

Sekurang-kurangnya, dengan berlakunya insiden ini mahasiswa perlu ditiupkan spirit bersama untuk menentang draconion Polis secara genuine, formal, profesional serta sopan.

Roadshow perlu dilancarkan segera, khususnya di Universiti-Universiti Lembah Klang.

Perayaan demokrasi perlu dicipta dan disuburkan semula di dalam Universiti (khususnya di Pejabat Keselamatan dan bangunan HEPA) dan balai polis chabok yang terbabit.

Jerit dan laungkan ‘Student Power’ dan ‘We Unite for Student Abuse/Agenda’.

Biar kaum wartawan dan jurukamera terlopong dan berkejaran melaporkan perjuangan mahasiswa sekarang  dalam menentang  kebongkakan Polis/Keselamatan Universiti.

Ini cara bekas aktivis mahasiswa Dema, Ginie Lim berfikir.

Jauh dan unik cara beliau berfikir berbanding abang-abang lepasan kampus Universiti Malaya.

Waktu adik-adik kampus didakwa Polis atas beberapa pertuduhan yang dikaitkan dengan gerakan ‘anti-Rosmah’ bulan lepas, ada dalam kalangan abang-abang yang bachul tersebut meminta mereka yang terbabit dipecat jika berjawatan dalam PMiUM.

Betapa kecilnya jiwa mereka yang berbuat demikian, walaupun ditarbiyyah di kampus; dan pernah bergelar pemimpin jamaah kampus kononnya.

Senior-senior lepasan kampus dan pernah menjadi aktivis DEMA memandang tinggi 3 adik-adik kampus UM yang didakwa ‘anti-Rosmah’ itu.

Tidak seperti kita (lepasan PMiUM).

Kita tidak pernah melihat penangkapan 2 aktivis PMiUM yang didakwa itu sebagai suatu pejuangan yang perlu disambut batton-nya, di kala ada yang tertangkap; dan ada yang diburu segelintir Polis aka anjing ‘Rosmah’.

Persetan oleh saya kepada beberapa senior terbabit sebelum ini tidak akan saya tarik balik, walaupun ada yang mencadangkan demikian.

Jangan pula, dipersetan adik-adik kampus jika masih berpeluk tubuh membiarkan perjuangan 2 aktivis kita (iatu Ong Jing Cheng dan Yap Heng Lung) tidak bersambut di luar tirani sekarang.

“…apabila seorang bersuara, itu protes namanya. Apabila 10 orang bersuara, itu gerila namanya. Apabila 100 orang bersuara, itu demontrasi namanya. Apabila 1000 orang bersuara, itu rusuhan namanya. Apabila 100 ribu orang bersuara, itu keganasan namanya. Apabila SEJUTA orang bersuara, itu kesedaran namanya dan kesedaran itu adalah petanda awal pada REVOLUSI RAKYAT di peringkat nasional…,” pesan saya!

LAWAN TETAP LAWAN!